My TuneTalk - Program Business Tune Talk

Saturday, October 2, 2010

Saya Percaya Bisnes Tune Talk lain Dari Yang Lain

Hari ini merupakan hari pertama saya melangkah ke alam perniagaan MLM. Sudah tentu saya dah banyak menyertai perniagaan MLM di negara Malaysia ini. Ada yang mampu memberikan pendapatan kepada saya cuma tak bersesuaian dengan diri saya sendiri dan tak kurang juga yang menipu. Bukan menipu macam mana pun, cuma sudah tepu dan ramai yang telah sertainya. Lagipun ramai yang dah tak pandang perniagaan MLM ini pun sekarang.

Walaubagaimanapun hati saya berubah sebulan yang lalu apabila mendengar mengenai Bisnes Tune Talk. Pada mulanya saya agak skeptikal mengenai perniagaan ini. Biasalah asal dengar MLM memang lari punya. hahahaha. Tapi bila saya dengar dan saya agak tertarik dengan perniagaan tersebut. Walaubagaimanapun saya tak terus join. Saya ambil sebulan untuk memikirkan mengani baik buruknya. Dan selain itu, saya meneliti dan mengkaji mengenai perniagaan tersebut dari segi pelan pemasarannya dan seterusnya.

Akhirnya setelah berpuas hati dan sebelum terlambat saya sertainya dengan hati yang rela dan dengan kepastian saya akan berjaya kerana pelan pemasaran tidak membebankan dan tidak mengelirukan. Lagipun ia adalah straight to the point. Saya tak perlu berusaha keras untuk jual reload seperti dahulu, saya tak perlu gunakan modal yang besar, dan paling best saya dapat tukarkan perbelanjaan harian saya kepada pendapatan yang pasif. Saya berikan diri saya bersama perniagaan ini selama dua tahun dan dalam tempoh itu saya akan bekerja keras untuk melihat sejauh mana kejayaan yang akan saya dan rakan-rakan seperjuangan saya nanti.

Jom sertailah saya untuk sama-sama  kita menjana pendapatan dari Tune Talk. Saya pasti dalam 2 ke 3 tahun lagi sudah tentu ramai pengguna Tune Talk di pasaran. dan sekiranya pada masa itu nanti baru anda tergerak untuk menyertai TuneTalk, saya pasti ia agak lambat. Kejayaan tidak akan menunggu sesiapa. Siapa yang berani mengambilnya akan mendapatnya.


My TuneTalk - Program Business Tune Talk

0 comments:

 
Copyright (c) Bisnes Tune Talk - Blogger Templates created by BTemplateBox.com - Css Themes by metamorphozis.com