My TuneTalk - Program Business Tune Talk

Apa Itu Bisnes TuneTalk

Bisnes TuneTalk adalah salah satu perniagaan prepaid yang mampu menjana pendapatan yang pasif serta lumayan. Ia diasaskan oleh Tune Talk Sdn. Bhd dan telah dilancarkan pada 19 Ogos 2010 dan merupakan  perkhidmatan Telekomunikasi Prabayar Mudah Alih yang menggunakan awalan Nombor 010-XXXXXXXX.

Yang paling best sekali adalah ia merupakan kerjasama bersama dengan pihak Celcom (M) Bhd dan ini bermaksud dimana ada Celcom disitu jugalah Tune Talk dapat digunakan. Pemegang saham dalam Tune Talk adalah 
  • 38% - Celcom (M) Berhad.
  • 35.7% - Tune Venture Sdn. Bhd.
  • 26.3% - Dato' Sri Kalamullah Hassan, Lim Kin Onn, Jason Lo, Gurtaj Singh Padda dan Mark Lankester.
Bila dengar nama Tune, sudah tentu kita akan ingat kepada Air Asia dan Tune Hotel. Dan ini tak lain dan tak bukan adalah rangkaian perniagaan Datuk Seri Tony Fernandes. Jadi tak perlu khuatir mengenai kesahihan perniagaan ini. 

Tapi dalam fikiran anda pasti tertanya, ini mesti perniagaan macam Mymode, Mastereload dan yang sama jenis dengannya dimana anda jual reload untuk prepaid tersebut. Anda silap sebenarnya. Di sinilah perbezaan perniagaan ini dengan jual reload. Anda hanya perlu jual Simkad bernilai RM70.00 kepada rakan-rakan dan setiap kali mereka reload tak kira dimana sahaja samada secara online, melalui kedai reload, melalui 7-11, melalui petronas dan sebagainya anda tetap dapat komisen.

Ini mampu memberikan anda pendapatan yang pasif 24 jam 7 hari seminggu. Sekiranya rakan anda menggunakan simkad berkenaan seumur hidup, maka selama itulah anda juga menjana pendapatan dari perniagaan tersebut.

My TuneTalk - Program Business Tune Talk

0 comments:

 
Copyright (c) Bisnes Tune Talk - Blogger Templates created by BTemplateBox.com - Css Themes by metamorphozis.com